Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Ramah Mesra MADANI Santuni Nelayan Perlis

By 11 Julai 2025Julai 12th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

ARAU, 11 Jul (MalaysiaAktif) – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis hari ini mengadakan program bantuan bertujuan meningkatkan kelengkapan, pendapatan dan kebajikan komuniti nelayan di sekitar Perlis.

Program tersebut merupakan sebahagian inisiatif berterusan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memastikan keberhasilan dan kelestarian industri perikanan tempatan.

Antara penerima Program Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touchpoint) LKIM

Majlis penyampaian bantuan berlangsung di Pusat Transformasi Nelayan (PNK) Perlis Selatan oleh Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil.

Dalam majlis tersebut, LKIM menyerahkan enjin sangkut berkapasiti 40 kuasa kuda (hp) kepada dua nelayan yang layak, selain menyerahkan sampan, pukat dan kelengkapan lain kepada 3 orang penerima.

Seramai 12 penerima pula di bawah Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan

Di majlis tersebut, turut diadakan penyerahan bantuan bakul makanan kepada 100 orang penerima.

Penerima-penerima adalah terdiri daripada nelayan-nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis dan Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan.

Menurut Muhammad Faiz, program berkenaan dilaksanakan untuk memastikan nelayan mendapat sokongan penuh dalam meningkatkan hasil tangkapan serta memperbaiki taraf hidup mereka.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu nelayan menjalankan aktiviti mereka dengan lebih berkesan, selamat, dan mampu meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

100 orang nelayan menerima bakul makanan.

Beliau turut menegaskan bahawa program tersebut akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan golongan nelayan tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi negara serta mampu bersaing secara sihat dan berdaya saing.

Turut hadir Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat, Pengarah LKIM Negeri Perlis Norlaili Baharuddin@Hamdan dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis Jasni Hashim, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis Asri Jab dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan Abu Bakar Saad.

Program ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan komuniti nelayan serta memastikan sumber makanan negara terus lestari dan mampu memenuhi keperluan rakyat.

Program turut menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan komuniti nelayan mendapat sokongan lengkap, memperkukuh ekonomi perikanan tempatan dan mengekalkan kestabilan sumber makanan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda