Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Kenduri Durian’ Kukuhkan Silaturahim Komuniti MADANI Sungai Tua

By 14 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Suasana santai dan penuh kemesraan jelas terpancar dalam ‘Kenduri Durian’ Komuniti MADANI Sungai Tua, sekali gus mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Beberapa orang penduduk sedang menikmati durian sempena ‘Kenduri Durian’ anjuran Komuniti MADANI Sungai Tua.

Program yang berlangsung dalam suasana santai itu turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak ‘Serawa Durian’ serta menikmati durian secara bersama.

Menurut Pengarah Program, Zulkifli Hamzah, penganjuran kenduri ini bertujuan menghidupkan semangat kejiranan dan membina perpaduan dalam kalangan komuniti.

“Ini salah satu usaha kami untuk kuatkan silaturahim, sambil menimati ‘Raja Buah’ dan buat aktiviti bersama keluarga,” katanya yang juga Setiausaha Komuniti Madani Sungai Tua, di sini semalam.

Pertandingan mewarna kanak-kanak mendapat sambutan.

Turut diadakan pertandingan mewarna berkeluarga, pameran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan kehadiran perpustakaan bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bagi menceriakan lagi suasana.

Program tersebut dirasmikan Pengarah Yayasan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Gombak Nor Hidayu Sumiran dan Pegawai Penerangan Daerah Gombak Khairul Shahrizal Ismail.

-RI

Tinggalkan komen anda