Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Gotong-Royong Bersih Tanah Wakaf Perkuburan Erat Silaturahim

By 14 Julai 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muzaffar Marrudzuki/Hariz Hazwan

TAMPIN, 14 Jul (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Air Kuning Selatan, Gemencheh mengambil inisiatif mengadakan program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan berstatus wakaf di Kampung Ulu Air Kuning Selatan, di sini semalam.

Penduduk kampung dan anggota RELA membersihkan kawasan perkuburan.

Pengerusinya, Razali Bujal berkata selain membersihkan kawasan tanah perkuburan berstatus wakaf itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara penduduk kampung khasnya generasi muda.

“Menjaga silaturahim bukan hanya tentang menjaga hubungan dengan keluarga yang terdekat. Namun, ia juga tentang menjaga hubungan dengan kawan-kawan, jiran tetangga dan seluruh umat Islam.

Peserta gotong-royong yang hadir.

“Saya rasa bersyukur kerana tujuan program pada hari ini dianggap tercapai kerana telah mendapat sambutan daripada kalangan generasi muda yang ada di kampung ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 25 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah Tampin turut hadir bersama menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar.

-RI

Tinggalkan komen anda