Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur Berlangsung Penuh Penghormatan

By 19 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, kelmarin disambut penuh penghormatan susulan pelepasan jawatan oleh Datuk Rusdi Mohd Isa yang telah menerajui kontinjen itu selama lebih setahun.

Kekosongan ditinggalkan Rusdi yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak 25 Jun lepas itu kini diisi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad sebagai pemangku.

Sesi sidang media.

Dalam ucapannya, Rusdi menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Kuala Lumpur atas semangat berpasukan, dedikasi dan komitmen tinggi sepanjang beliau memimpin kontinjen ibu kota itu.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh ini. Pasukan ini telah saya pimpin dengan penuh iltizam, sepenuh hati dan kepercayaan,” ujarnya kada pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini yang disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.

Beliau yakin Mohamed Usuf mampu meneruskan kecemerlangan pasukan dan menyeru agar seluruh petugas memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baharu tersebut.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pelantikan sebagai pengarah JSJK sebagai satu amanah besar yang akan digalas dengan penuh semangat dan meninggalkan IPK Kuala Lumpur dengan berat hati.

Sesi bergambar.

“Saya tinggalkan IPK KL dengan hati yang berat, kerana di sinilah saya menyaksikan sebuah pasukan yang kuat, cekal, berdisiplin dan berjiwa kental,” katanya dalam ucapan yang menyentuh hati hadirin.

Rusdi juga menekankan pentingnya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus menjaga disiplin, kekal teguh pada prinsip dan sentiasa komited dalam tugas sebagai penjaga keselamatan dan kepercayaan masyarakat.

Beliau turut berpesan agar warga IPK Kuala Lumpur tidak pernah goyah dalam menghadapi cabaran, sebaliknya terus menyinar demi agama, bangsa dan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda