
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Mohd Yasin (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 19 Jul (MalaysiaAktif) – Jeram Tok Din, Kuala Nerang menjadi destinasi riadah dalam program JIWA@Komuniti MADANI (Sembang Santai) yang menghimpunkan Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar bersama Belia 4B Taman Nuri, di sini hari ini.

Lyana Athirah Mohd Saad memberi taklimat kepada peserta sebelum konvoi ke Jeram Tok Din.
Peserta berkumpul di Dewan Taman Nuri dan menerima taklimat ringkas oleh Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena berkaitan penipuan tawaran pekerjaan, sindiket keldai dadah dan penggunaan Talian Kecemasan 997, sebelum memulakan konvoi ke Jeram Tok Din.
Menurut Ketua Belia 4B Taman Nuri Mohd Imran Mad Bahar, pelbagai maklumat turut diperolehi melalui program ini.

Peserta bergambar kenangan di Jeram Tok Din.
“Program ini bukan sekadar aktiviti luar, malah sarat dengan mesej pencegahan yang penting untuk golongan muda,” ujarnya.
Sebaik tiba di lokasi, peserta meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti santai seperti berkelah, mandi-manda dan sembang santai, sekali gus mengeratkan silaturahim antara komuniti dan belia setempat.
-RI





