Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Komuniti Batu Arang Didik Remaja Hargai Alam, Amalkan Kitar Semula

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU ARANG, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Penduduk Komuniti Batu Arang mengambil inisiatif mendekatkan remaja dengan alam sekitar menerusi program pendidikan kitar semula dan aktiviti berasaskan sumber semula jadi.

Seorang penduduk menunjukkan layang-layang yang berjaya dihasilkan daripada bahan kitar semula

Program Jom Hijau Bersama diilhamkan daripada nostalgia zaman kanak-kanak yang lebih akrab dengan alam, jauh berbeza dengan generasi kini yang dikelilingi gajet dan mainan plastik.

Seorang aktivis masyarakat, Zulela Jamalaudin, 51, berkata pendekatan tersebut bukan sekadar untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar, malah turut mengimbau nilai kehidupan sederhana zaman dahulu.

Kelihatan ibu bapa dan remaja berusaha menyiapkan layang-layang mereka ketika program Jom Hijau Bersama di Batu Arang

“Dahulu kehidupan kami serba kekurangan, mainan kami hanyalah pasir, tanah dan daun-daun, dengan segala aktiviti bermain berpaksikan alam tanpa perlu teknologi atau barangan mewah.

“Sekarang, anak-anak membesar dengan telefon pintar dan mainan plastik, justeru kita mahu mereka rasa sendiri betapa gembiranya mencipta sesuatu daripada alam sambil belajar menghargai dan menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya ketika ditemui semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membuat wau menggunakan bahan terpakai, permainan tradisional selain sesi perkongsian tentang kepentingan kitar semula dan amalan kelestarian.

Program ini diharap dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta membentuk generasi yang lebih cakna dan kreatif dalam menjaga bumi.

-AA-

Tinggalkan komen anda