Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Pesona Wanita MADANI Perkukuh Ukhuwah dan Semangat Komuniti

By 20 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Aminah Abdullah/Mohd Nazry Mohamad Rani (Kinta)

IPOH, 20 Jul (MalaysiaAktif) – Program Pesona Wanita MADANI dengan tema Aspirasi Wanita Semangat Revolusi anjuran Komuniti Madani Tebing Tinggi B berlangsung dengan jayanya di Dewan Orang Ramai Lahat Baru, di sini kelmarin.

Pihak juri sedang menjalankan penjurian bagi pertandingan memasak dengan menilai rasa, persembahan, dan kreativiti hidangan peserta.

Program ini menyelitkan pelbagai aktiviti menarik yang sinonim dengan wanita seperti pertandingan memasak berasaskan telur, gubahan telekung dan sejadah, hiasan pulut kuning serta permainan tradisional seperti batu seremban, dam aji dan congkak.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Tebing Tinggi B Khairul Salleh Mat Isa, program sebegini penting untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dan memberikan ruang kepada wanita untuk lebih aktif dalam pelbagai bidang.

“Secara tidak langsung, bakat dan pengalaman wanita di sini dapat terus digilap dan dikongsikan bersama untuk menaikkan martabat golongan wanita.

Maklum balas masyarakat setempat amat positif dengan penghargaan terhadap program yang bukan sahaja memupuk keharmonian komuniti, malah meneruskan tradisi dan kemahiran yang semakin dilupakan.

Pihak juri sedang menilai kreativiti, ketelitian gubahan, dan kesempurnaan hasil karya peserta dalam pertandingan gubahan, pulut kuning, telekung dan sejadah.

Seorang peserta Noraini Mat Yusof, 47, menyatakan penghargaan terhadap inisiatif ini kerana dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang, sambil mengekalkan warisan budaya yang masih relevan hingga kini.

“Saya dan keluarga dapat bersama dihujung minggu untuk main permainan tradisional, semua gembira.

Selain menjadi platform merapatkan ukhuwah, program ini juga berperanan menyampaikan maklumat terkini kerajaan secara santai dan informatif.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus yang telah merasmikan program tersebut dan isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Rosnah Hashim.

-RI

Tinggalkan komen anda