Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Manfaat Jambatan Batang Saribas 1 untuk Beladin, Pusa

By 21 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Senie Endin (JAPEN BETONG)

PUSA, 20 Jul (MalaysiaAktif) – Pembinaan Jambatan Batang Saribas 1 merupakan salah satu daripada beberapa projek atau kemudahan infrastruktur yang diwujudkan kerajaan Sarawak demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat di luar bandar.

Abang Jo menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Jambatan Batang Saribas 1 di Pusa.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jambatan dengan kos RM 375.5 juta itu bakal mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat di kawasan pesisir dan dengan siapnya jambatan tersebut juga akan meningkatkan lagi potensi peluang ekonomi masyarakat setempat.

“Siapnya jambatan ini bakal mewujudkan lebih banyak kemudahan asas di sini melibatkan masyarakat yang tinggal di pesisir iaitu kampung-kampung sekitar Beladin dan Pusa, Kampung Spinang, Kampung Semarang dan kawasan berhampiran,” katanya pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Saribas 1 di sini, semalam.

Jambatan sepanjang 1.55 kilometer menghubungkan Beladin dan Pusa.

Sebelum ini, masyarakat di sekitar Pusa menggunakan kemudahan feri untuk menyeberangi Sungai Batang Saribas ke Kampung Beladin yang memakan masa 40 hingga sejam terutamanya jika banyak kenderaan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jambatan sepanjang 1.55 kilometer itu nanti mampu mengurangkan tempoh perjalanan dari kedua-dua bahagian yang terpisah oleh Sungai Saribas sekali gus mewujudkan lebih banyak kemudahan asas yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Majlis perasmian turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Tinggalkan komen anda