Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Meriahkan Pra Sambutan Bulan Kebangsaan

By 22 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Arul Perumal (Bagan Datuk)/Mohammad Ezwandi (Perak)

RUNGKUP, 22 Julai (MalaysiaAktif) – Program Persembahan Pentas Melalui Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) PENTERAMA X Kelab Malaysiaku sempena Pra Sambutan Bulan Kebangsaan disambut meriah oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rungkup dan SMK Tun Abdul Razak (STAR) di sini, kelmarin.

Nur Hafizaz (tudung biru) teruja kerana menyaksikan persembahan PENTARAMA secara langsung

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Perak Ashman Ahmad, program itu merupakan hari pertama siri jelajah PENTARAMA X Kelab Malaysiaku yang melibatkan empat buah sekolah terpilih di negeri Perak.

“Program ini merupakan kolaborasi antara JaPen dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan antara objektif utamanya ialah untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi aktiviti yang bermanfaat,” katanya.

 

Sementara itu, Pengetua STAR, Nur Hafizaz Ahmad menzahirkan rasa teruja kerana diberi peluang untuk menyaksikan secara langsung persembahan PENTARAMA.

Peragaan pakaian suku kaum orang asli menarik minat pelajar

“Aktiviti seperti nyanyian lagu patriotik, kuiz kenegaraan dan sesi sembang santai berjaya memupuk semangat perpaduan serta menanam rasa cinta akan negara dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Rungkup Noraini Hashim berkata ia merupakan kali pertama pelajar di sekolahnya menyaksikan program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku dan berharap program itu akan diteruskan pada masa hadapan.

“Kehadiran dan persembahan yang diselitkan dengan taklimat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ternyata berinformasi dan menghiburkan,” katanya.

Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku akan meneruskan siri jelajah terakhirnya di negeri Perak di SMK Hutan Melintang dan SMK Khir Johari, Bagan Datu, esok.

-AA-

Tinggalkan komen anda