Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

SMK Ghafar Baba Johan Pengisahan Kenegaraan @Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Melaka

By 23 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:M Zakry Chan/Farisya Farnoh

MACHAP JAYA 23 Jul (MalaysiaAktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba diumumkan johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @Kelab Malaysiaku 2025 manakala SMK Malim di tempat kedua dan SMK Durian Tunggal di tempat ketiga.

SMK Ghafar Baba Johan Pertandingan Pengisahan@Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Melaka 2025.

Tajuk pengisahan ‘Cerita MADANI Dihayati, Bukan Sekadar Dirayai’ membawa tuah apabila membawa pulang RM1,000, plak dan sijil penyertaan serta merangkul dua anugerah khas pelakon lelaki dan wanita terbaik.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, pertandingan Pengisahan Kenegaraan bukan sekadar pertandingan tetapi platform memupuk jati diri dalam kalangan pelajar sekolah.

Tempat kedua SMK Malim.

“Program ini bukan semata-mata pertandingan tetapi bertujuan memupuk semangat jati diri dan memperkukuhkan kefahaman tentang sejarah tanah air dalam kalangan pelajar sekolah.

“Malah pertandingan ini juga dapat menjadi wahana untuk kita membina rasa cinta kepada tanah air, menghargai kemerdekaan dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum,” katanya dalam ucapan Majlis Penutup Pertandingan Pengisahan Kenegaraan @Kelab Malaysiaku 2025 di Kompleks Penyayang Alor Gajah, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka Ab Rasil Hajatil.

(RI)

Tinggalkan komen anda