
Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly (Maran)
MARAN, 24 Jul ( MalaysiaAktif) – Kesedaran hak pengguna dalam kalangan pelajar sekolah diperkukuh menerusi Program Cabaran Interaktif (CIP) Kelab Pelajar Sekolah (KPS) di sini, semalam.

Pelajar yang hadir bagi menyertai Program Cabaran Interaktif Pengguna
Menurut Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh, Muhammad Ramdan Fitri Nor, program tersebut bertujuan mewujudkan sikap bekerjasama di dalam kumpulan dan seterusnya dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat.

Pelajar sekolah menyertai aktiviti yang dijalankan semasa program berkenaan
“Program ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai hak pengguna yang bijak, mewujudkan sikap kerjasama berkumpulan dan seterusnya dapat membuat keputusan tepat sebagai pengguna,” katanya.
Katanya program itu juga merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) tahunan KPDN yang dilaksanakan bermula tahun 2011 bagi mengantikan Kuiz Pengguna Sekolah yang telah diadakan sejak tahun 1992.
“Pada tahun ini, kami mengambil insiatif untuk menjemput sekolah yang tiada KPS bagi memberi pendedahan maklumat kepada sekolah-sekolah lain juga,” katanya.
Tambahnya, KPDN juga telah melancarkan dua aplikasi berkenaan kepenggunaan iaitu PriceCatcher yang bertujuan memudahkan pengguna membandingkan harga belian, carian harga berpandukan lokasi dan papar harga terendah di seluruh Malaysia serta MySales Tracker yang memudahkan pengguna mendapat maklumat mengenai jualan murah.
-AA-





