Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Pertandingan Animasi ‘Save The Earth’ Pupuk Kesedaran Tentang Kelestarian Alam Sekitar

By 26 Julai 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/UMSKAL

LABUAN, 26 Jul (MalaysiaAktif) – Pertandingan Animasi 2D dan 3D bertemakan ‘Save the Earth’, anjuran U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melambangkan komitmen untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar.

Zawawi semasa menyampaikan ucapan.

Menurut Pengarah U-Science Zawawi Datuk Tiyunin, pertandingan tersebut menghimpunkan karya-karya animasi pelajar yang bukan sahaja kreatif dan inovatif malah sarat dengan mesej kesedaran mendalam berkaitan isu-isu alam sekitar, seiring dengan tema yang diketengahkan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pihak FKI atas kejayaan menganjurkan program berimpak tinggi ini, FKI merupakan satu-satunya fakulti yang dipilih untuk dikunjungi oleh U-Science sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam melaksanakan pelbagai program berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah dan Labuan.

“Pertandingan ini merupakan antara inisiatif U-Science dalam memupuk kreativiti pelajar dalam bidang animasi digital serta menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar secara berkesan melalui medium seni visual,” katanya semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan itu, di sini kelmarin.

Para pemenang ceria bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Pada pertandingan itu, Pelajar Tahun Empat UMSKAL Mohd Shahmeer Husni Nasib, 10 dan Rajiman Rosman, 10, menjadi johan dan tempat ke dua dengan yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 dan RM1,000 manakala Syazatul Batrisya Adzani, Winnie Ling Qiao Qin, Elizabeth Clare Benjamin dan Ting Sing Ai, Pelajar Tahun Lima UMSKAL berkongsi hadiah di tempat ke tiga bernilai RM700.

Majlis turut dihadiri Timbalan Dekan (Pascasiswazah dan Antarabangsa) FKI, Dr. Nooralisa Mohd Tuah, Pustakawan Kanan UMSKAL Dayang Ruhida Raplee dan Pegawai Sains Kanan Jabatan Perpustakaan Malcolm Boxey Jilimin.

-RI

Tinggalkan komen anda