Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Melaka Serah Jalur Gemilang, Negeri Sembilan Teruskan Kembara Merdeka 2025

By 1 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

REMBAU, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Dua hari Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) merentas Negeri Melaka, kini panji-panji tersebut tiba ke Negeri Sembilan bagi meneruskan perjalanan seterusnya.

Ucapan Fairul dalam majlis tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Datuk Fairul Nizam Roslan berkata tahun ini sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, menzahirkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat serta pembangunan berteraskan nilai kemanusiaan, perpaduan dan integriti.

“Program ini bukan sahaja simbolik merentasi negeri, tetapi juga refleksi semangat cinta tanah air dan tanggungjawab kita sebagai rakyat mengibarkan Jalur Gemilang secara beradab dan hormat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang sempena KMJG di Muzium Rembau, semalam.

Antara motosikal berkuasa tinggi yang turut bersama dalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Timbalan Presiden Kelab Gabungan Melaka Bikez Mohamad Zaki Dol, berkata program itu bukan sekadar satu acara tahunan atau konvoi semata-mata, tetapi simbol penyatuan hati rakyat Malaysia di bawah panji Jalur Gemilang yang kita cintai.

“Semangat yang ditunjukkan sepanjang program hari ini membuktikan bahawa rakyat Melaka masih kekal utuh dengan semangat patriotisme, cintakan negara, dan menghargai nikmat kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pejuang terdahulu,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda