Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Konvoi Patriotik Semarakkan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2025 di Pulau Pinang

By 1 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dhariishene Sivanathan/Shamsul Bahari

GEORGE TOWN, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – 16 buah kenderaan konvoi melibatkan 62 peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri telah menyertai Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang, hari ini.

16 buah kenderaan melibatkan seramai 62 peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan turut serta dalam acara konvoi.

Majlis pelepasan konvoi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, di Kompleks Masyarakat Penyayang menyaksikan peserta konvoi meneruskan perjalanan ke lokasi tumpuan awam di Pasar Chowrasta dan seterusnya menamatkan misi patriotik sejauh kira-kira 16 kilometer itu di lokasi bersejarah, Bukit Bendera.

Peserta konvoi Muhammad Syabil Razin Ramlam, 26, dari Jabatan Perhilitan Negeri Pulau Pinang menyifatkan penyertaannya itu sebagai satu kenangan manis yang cukup membanggakan dan penuh makna.

Muhammad Syabil bangga dapat turut serta dalam acara konvoi tahun ini.

“Acara ini bukan sekadar menceriakan suasana sambutan, malah turut membangkitkan semangat cintakan tanah air.

“Ia menjadi wadah penuh nilai patriotisme yang menyatukan rakyat dalam semangat mengibarkan Jalur Gemilang dan memperkukuh jati diri kebangsaan,” katanya.

Penganjuran konvoi itu bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan malah turut menjadi medium efektif dalam menyemai semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

-RI

Tinggalkan komen anda