Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ketahanan Diri Dorong Kejayaan Selangor Hadapi Cabaran – Amirudin

By 4 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Hazel (Selangor)

SHAH ALAM, 4 Ogos (MalaysiaAktif) – Sikap resilience atau ketahanan diri menjadi tunjang kejayaan Selangor mendepani cabaran seperti COVID-19, banjir, tragedi Batang Kali dan insiden di Putra Heights.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang hadir.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu turut didorong oleh sikap pemikiran berpasukan serta semangat pengorbanan yang tinggi dalam kalangan rakyat dan pentadbiran negeri.

“Dengan mindset (pemikiran) yang telah kita terapkan secara berpasukan, untuk terus menikmati kedudukan sebagai negeri yang digemari serta mampu menyelesaikan cabaran baharu, kita mesti bersedia melakukan pengorbanan dan mempunyai pemahaman mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat kepada penjawat awam sempena Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama-sama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Penjawat awam yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, nilai tersebut merupakan asas kepada proses islah atau pembaikan berterusan yang sedang digerakkan di peringkat negeri.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata perubahan landskap global memberi peluang kepada negara membangun seperti Malaysia untuk lebih menonjol di peringkat antarabangsa berikutan peralihan peranan kuasa tradisional.

“Kita bukan lagi sekadar menjadi lokasi untuk menjemput pihak luar menyelesaikan konflik serantau. Kini, Malaysia menjadi pemain utama yang membantu menyelesaikan konflik melalui pendekatan diplomasi,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda