
Laporan/foto: Intan Saziana/Sunito (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos (MalaysiaAktif) – Latihan Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Sultan Abu Bakar yang turut melibatkan penduduk setempat mampu memupuk kesedaran awal dalam menangani situasi genting sekiranya berlaku kenaikan paras air empangan.

Supt Azri selaku Ketua Komander Operasi sedang memberi taklimat ringkas di PKTK Bertam Valley.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt. Azri Ramli latihan itu memberi pengalaman nyata kepada penduduk setempat mengenai prosedur pengurusan bencana.
“Latihan ini bertujuan untuk memberikan latihan dan juga kesiapsiagaan bagi agensi yang terlibat dan komuniti setempat agar diberi pendedahan awal dan mengenalpasti tanggungjawab dan tugasan masing-masing,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Pelajar Sekolah SJKC Bertam Valley turut menjadi peserta Latihan Amali Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Sultan Abu Bakar Cameron Highlands.
Ujarnya lagi, latihan itu turut menekankan kepentingan persiapan awal, pengurusan risiko, dan respons pantas oleh komuniti sekiranya berlaku pelepasan air secara mendadak dari empangan.
“Dengan pendekatan kolaboratif ini, saya harap penduduk dan agensi berkaitan dapat lebih bersedia untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan di masa hadapan,” katanya.
-RI






