Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar SMK Syed Omar Teruja Sambut Deruan Konvoi KMJG 2025

By 8 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah/Noor Syuhada(Pokok Sena)

POKOK SENA, 8 Ogos (MalaysiaAktif) – Ketibaan konvoi motosikal berkuasa tinggi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 disambut meriah warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Omar dengan sorakan dan kibaran bendera oleh para pelajar yang nyata teruja dengan semangat kembara yang dibawa.

Pengetua SMK Syed Omar menandatangani Buku Konvoi KMJG 2025.

KMJG Negeri Kedah Peringkat Daerah Pokok Sena yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme bertambah gamat dengan gimik pelancaran, nyanyian lagu patriotik, serta sesi interaktif bersama konvoi termasuk peluang pelajar mencuba duduk di atas motosikal berkuasa tinggi.

Majlis turut diserikan dengan upacara menandatangani Buku Konvoi KMJG oleh Pengetua SMK Syed Omar Noor Anizah Jamal.

Peserta konvoi dan warga SMK Syed Omar bergambar kenangan.

“Program konvoi ini bukan sahaja menyatukan rakyat pelbagai latar belakang, tetapi juga menjadi platform menyampaikan mesej cinta negara, penghargaan kepada pejuang kemerdekaan dan menyemai rasa bangga terhadap Jalur Gemilang,” kata Pengarah Penerangan Negeri Kedah Nurazila Azizan dalam ucapan perasmiannya.

Menurutnya lagi, ia menjadi simbolik semangat cinta akan negara serta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di seluruh peringkat masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda