Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KMJG 2025 Perlis Jejak Alam, Jejak Budaya

By 8 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

KANGAR, 9 Ogos (MalaysiaAktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 terus mendapat sambutan hangat masyarakat Perlis.

Di peringkat negeri Perlis ia memperlihatkan keindahan alam semula jadi yang perlu dijaga, serta budaya warisan yang perlu dipelihara, itulah intipati Merdeka yang sebenar buat generasi ‘anak merdeka’.

Laluan di sawah bendang oleh peserta-peserta konvoi KMJG 2025 di negeri Perlis.

Konvoi yang melintasi kawasan yang memaparkan keindahan alam semula jadi di Bukit Keteri, Bukit Chuping, Bukit Chabang dan laluan sawah padi yang terbentang luas memperlihatkan kecantikan yang sering kali luput dari perhatian.

“Bukan hanya kemeriahan yang dirasai! Lagu patriotik, bendera berkibar, tarian warisan lambang budaya yang tidak disisihkan, bukan hanya semangat Merdeka, tetapi juga semangat menghidupkan budaya kita,” ujar Pengerusi Komuniti MADANI DUN Indera Huzaini Abdul Hamid.

Konvoi patriotik anjuran Jabatan Penerangan ini bukan sahaja diraikan dengan kibaran bendera dan lagu patriotik, malah menyatukan semangat kenegaraan seluruh lapisan masyarakat.

Masyarakat setempat menyambut konvoi dengan lambaian tangan dan hon kenderaan, menzahirkan rasa bangga dan cinta pada tanah air.

Ketika peserta konvoi singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai pada hari pertama KMJG 2025 di negeri Perlis pada Rabu lalu, peserta disajikan persembahan dengan warisan budaya seperti Tarian Ayam Didik, yang melambangkan kesantunan dan kecekalan orang Perlis dan juga Lagu Embun Sok Sek, sebuah tarian rakyat Malaysia yang mencerminkan budaya dan kehidupan masyarakat tempatan.

Persembahan Tarian Ayam Didik antara Tarian Warisan yang terkenal di utara tanah air.

“Acara sukan sepak penalti yang menjadi acara dari awal pagi, pula menyatukan peserta dengan komuniti menerusi budaya sukan rakyat yang merentas kaum dan usia,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling di Majlis Perasmian Peluncuran Bulan Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Perlis, di sini kelmarin.

Penganjuran KMJG 2025 di Perlis pada Rabu dan Khamis lalu, bukan sahaja menghidupkan sambutan kemerdekaan, malah memperkukuh rasa cinta kepada warisan dan tanggungjawab terhadap bumi yang dipijak.

“KMJG bukan sekadar perarakan. Ia ruang untuk mendidik, menyemai semangat merdeka melalui alam dan budaya,” ujar Guru Besar SK Seberang Ramai Suzaide Md Noh ketika ditemui selepas tamat majlis.

#KMJG2025

-RI

Tinggalkan komen anda