
Laporan/foto: Nyempal Inggang (Sarawak)
LUBOK ANTU, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Slot Khas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama Komuniti MADANI berperanan membina hubungan erat kerajaan bersama masyarakat setempat supaya setiap maklumat tepat dan sahih dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.
Pogram penuh informasi, merangkumi perkongsian isu semasa, maklumat rasmi, penerangan dasar dan inisiatif kerajaan membantu membentuk kefahaman masyarakat mengenai sesuatu isu atau perkara.

Sesi juga melibatkan peserta warga emas.
“Program sebegini adalah satu satu daripada usaha pihak kerajaan dalam membentuk jambatan komunikasi bersama dengan masyarakat di sini.
“Usaha memperkukuh jaringan komunikasi strategik di peringkat akar umbi harus dipergiatkan bertujuan memastikan rakyat mendapat akses kepada maklumat yang benar dan terkini,” kata Pengurus NADI Lubok Antu Griscella Luciana di Pusat Maklumat Sebaran Nasional (NADI), di sini kelmarin.
Katanya sesi soal jawab interaktif juga memberi ruang dan peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan segera berhubung perkara yang dibangkitkan serta mendengar cadangan dan pandangan balas.

Julia (kanan) bersama rakan peserta sedang mengikuti slot pengajaran.
Beliau turut menyarankan perlu ada perhatian terhadap isu dalam talian dan semua pihak untuk lebih berhati-hati menggunakan teknologi komunikasi yang ketika ini serba pantas dan meluas.
Pada masa sama, sesi tersebut turut menerima sambutan baik peserta terlibat yang merupakan ahli Komuniti MADANI di luar bandar.
“Sesi sebegini amat membantu kami mengenali serba sedikit pengunaan komputer dan walaupun masa pembelajaran tidak mencukupi, semua yang terlibat bersyukur kerana melalui program ini setiap peserta boleh mempraktikkan penggunaan teknologi berkaitan ketika berada di rumah panjang, tambahan kebanyakan urusan surat menyurat tidak lagi menggunakan tulisan tangan,” kata Julia Palil, 41, yang merupakan ahli Komuniti MADANI Kumpang Langgir.
-RJ-








