Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Berkenan Rasmi Menara Dius Api Jabatan Laut Malaysia

By 14 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Selangor)

PELABUHAN KLANG, 14 Ogos (MalaysiaAktif) – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Menara Dius Api Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dibina dengan kos RM93.6 juta, di sini hari ini.

Menara setinggi 12 tingkat itu yang dibina dengan peruntukan Lembaga Dius Api direka berkonsepkan kapal persiaran bagi mencerminkan identiti JLM sebagai peneraju sektor maritim negara.

Lintas hormat dan demonstrasi peralatan melawan kebakaran kapal MV POLARIS, kapal milik Jabatan Laut sempena Majlis Perasmian Menara Dius Api Jabatan Laut Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang.

Kemudahan baharu itu turut menempatkan Pusat Kawalan Trafik Kapal (VTS) yang mematuhi piawaian International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata VTS berperanan memantau pergerakan ribuan kapal di Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia dengan kira-kira 200 kapal melaluinya setiap hari.

Beliau berkata sistem itu amat penting bagi mengelakkan pelanggaran kapal, mengurus kecemasan maritim seperti tumpahan minyak atau kapal terkandas, serta memastikan aliran perdagangan maritim berjalan lancar dan selamat.

“Kementerian Pengangkutan komited memastikan sistem pengangkutan negara kekal cekap, selamat, lestari dan berdaya saing demi kelestarian maritim negara,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Menara Dius Api, di Ibu Pejabat JLM, di sini hari ini.

Menurutnya, Pelabuhan Klang di Selangor kini merupakan antara pelabuhan tersibuk di dunia dan menjadi nadi penting ekosistem maritim negara.

-RI

Tinggalkan komen anda