Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bulatan Sultan Azlan Shah Jadi Saksi Semangat Patriotik Rakyat Perak

By 14 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 14 Ogos (MalaysiaAktif) – Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, terpilih sebagai lokasi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Perak 2025 yang akan berlangsung esok.

Mohd Azlan ketika ditemu ramah PerakFM.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi berkata tahun lalu majlis peluncuran program berkenaan diadakan di Manjung, manakala kali ini bulatan ikonik di ibu negeri menjadi lokasi pilihan.

“Penganjuran program ini adalah bagi menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan agar dapat dihayati dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Objektif utama program ini adalah untuk menyuburkan penghayatan semangat patriotisme dengan menggerakkan rakyat di negeri Perak khususnya, bagi mengibarkan Jalur Gemilang bertepatan dengan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemu bual PerakFM, di sini hari ini.

Turut ditemu ramah adalah Pengarah Penerangan Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

Beliau berkata pelbagai aktiviti dan perkhidmatan agensi kerajaan turut diselitkan seperti Jualan Rahmah MADANI, gerai jualan dan pertandingan e-sukan.

Peluncuran kali ini katanya turut diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak, Sekolah Seni Perak, artis tempatan iaitu Zamani Slam dan Kai Dewa & The Magnus serta PENTARAMA Merdeka @ HOHO.

Mohd Azlan menyeru agar seluruh penduduk negeri Perak dapat hadir ke majlis yang akan bermula 4 petang itu sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

-RI

Tinggalkan komen anda