Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPahang

Sultan Perak Berkenan Rasmi Jambatan Sultan Muzaffar Shah

By 15 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Muhammad Abdul Hadi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 15 Ogos (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Jambatan Manong yang kini dimasyhurkan sebagai Jambatan Sultan Muzaffar Shah, di Dataran Manong semalam.

Sultan Nazrin berkenan berangkat merasmikan Jambatan Sultan Muzaffar Shah.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Nanta dalam sembah ucapannya, berkata Jambatan Sultan Muzzaffar Shah kini menghubungkan Pekan Manong dan Kampung Seberang Manong, sekali gus mengikat dua sisi komuniti yang dahulunya terpisah oleh sungai dan masa.

“Pembinaan jambatan ini bukan sahaja memudahkan mobiliti rakyat, malah mempererat jalinan perpaduan antara komuniti serta merangsang pertumbuhan sektor pelancongan, perdagangan dan pertanian setempat serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasan ini.

Persembahan khas demonstrasi menyelamat oleh Unit Pasukan Komando, Ibu Pejabat VAT 69.

“Infrastruktur ini juga menjadi simbol kemajuan yang terancang hasil keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menjunjung nilai-nilai insaniah, kemampanan, kesejahteraan dan keadilan sosial untuk seluruh rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, projek jambatan sepanjang 300 meter bersama jalan penghubung sepanjang tiga kilometer tersebut bermula pada tahun 2017 dan siap pada Oktober 2019.

-RI

Tinggalkan komen anda