
Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip (Tawau)
TAWAU, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Semangat patriotik terserlah apabila komuniti setempat menawan puncak Bukit Pancang, Tinagat dalam misi Hiking Merdeka sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan.
Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N70 Kukusan, Sukardi Mahsuri, penganjuran mendaki ke puncak Bukit Pancang ini adalah simbol kekuatan dan kesatuan masyarakat setempat.

Sukardi dan Maznah selepas memasang Jalur Gemilang di puncak Bukit pancang, Tawau.
“Misi ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah ia mendidik kita bahawa mencapai puncak kejayaan memerlukan usaha bersama dan tekad yang tidak mudah luntur.
“Apabila Jalur Gemilang berkibar megah di puncak Bukit Pancang, ia adalah tanda bahawa semangat Malaysia Madani benar-benar hidup dalam jiwa rakyat, tanpa mengira latar belakang dan perbezaan,” katanya ketika merasmikan program tersebut di sini pada Sabtu.

Peserta “Hiking Merdeka” merakam gambar kenangan selepas menawan puncak Bukit Pancang, Tawau.
Program Jiwa@Komuniti Madani itu sekali lagi membuktikan bahawa penghayatan nilai kemerdekaan bukan sekadar melalui laungan semangat, tetapi juga melalui aktiviti berimpak yang menghubungkan masyarakat dengan erti perjuangan sebenar.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis dan Pengerusi Komuniti Madani Kg Muhibah Raya, Maznah Majun, bersama komuniti setempat yang bersemangat menjayakan acara tersebut.
-RJ-





