
Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)
KULIM, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Pekan Kulim telah mengadakan konvoi bersempena Program JIWA@Komuniti MADANI sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 bagi membangkitkan semangat dalam mengibarkan Jalur Gemilang serta menzahirkan kecintaan kepada negara.

Peserta berkumpul sebelum pelepasan konvoi.
Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan sepanjang program itu bagi memeriahkan suasana serta menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.
“Program seumpama ini wajar diperbanyakkan lagi pada tahun-tahun akan datang kerana mampu menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat,” kata Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kulim Bandar Baharu Norazam Kassim, di sini kelmarin.
-RI





