Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bengkel AI, TikTok Lonjak Kemahiran Digital NGO, Sukarelawan dan Usahawan

By 25 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shalene Selva Segar

GEORGE TOWN, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Usaha memperkasakan masyarakat dengan kemahiran digital terus diperkukuh melalui penganjuran Bengkel Kecerdasan Buatan (AI) dan Pemasaran TikTok yang berlangsung di Digital Penang, Wisma Yeap Chor Ee, di sini kelmarin.

Kaliswaran seorang Konsultasi Pemasaran Digital berkongsi tip dan kemahiran digital untuk dimanfaatkan oleh peserta.

Bengkel berkenaan membuka ruang kepada peserta yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta usahawan tempatan untuk mendalami teknik penggunaan AI dalam penghasilan kandungan TikTok yang lebih menarik, kreatif dan profesional.

Selain memberi nilai tambah dalam strategi pemasaran digital, bengkel berkenaan turut membantu NGO meningkatkan keterlihatan aktiviti komuniti, mendorong sukarelawan menggunakan platform digital untuk menjangkau khalayak lebih luas serta membekalkan usahawan dengan strategi pemasaran berasaskan teknologi AI bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.

Sesi fotografi bersama peserta bengkel.

Seorang peserta, R. Kumar, 37, berkata bengkel itu memberi pengalaman baharu yang amat berharga buat dirinya sebagai seorang usahawan kecil yang sering bergelut mencari cara untuk mempromosikan produk dengan lebih berkesan

“Melalui bengkel ini, saya belajar bagaimana AI boleh membantu menghasilkan kandungan TikTok yang kreatif tanpa perlu kos besar,” katanya kepada wartawan Malaysia Aktif kelmarin.

-RI

Tinggalkan komen anda