
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI UDANG, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Menyemai semangat cintakan negara merupakan tanggungjawab bersama tanpa mengira usia, kaum, agama mahupun bangsa, kata kata Ketua Komuniti MADANI Sungai Udang Mutalip Md Nor.

Ketua Komuniti MADANI Sungai Udang ketika menyampaikan ucapan.
Beliau berkata usaha itu perlu agar golongan berkenaan tidak melupakan jasa pejuang kemerdekaan terdahulu.
“Usaha berterusan amat penting supaya anak-anak kita menghargai pengorbanan tokoh pejuang negara, sekali gus menyuburkan rasa bangga terhadap tanah air,” katanya ketika ditemui pada Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), di sini semalam.
Program anjuran Komuniti MADANI Sungai Udang dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Udang dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan itu berlangsung penuh meriah dengan pelbagai pengisian.

Antara peserta yang menjayakan program.
Antara adalah pertandingan busana merdeka, pertandingan gubahan, perarakan merdeka mengelilingi kampung, sukaneka Merdeka serta pemberian hadiah misteri kepada penduduk yang kreatif menghiasi kediaman dengan Jalur Gemilang.
Menurut Ahli Jawatankuasa Komuniti Roziha Napiah, program berkenaan bukan sahaja bertujuan memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah sebagai platform untuk mendidik generasi muda mengenai makna sebenar kemerdekaan.
“Galakan serta sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat setempat adalah kunci utama kejayaan program, tambahan pula aktiviti yang dianjurkan juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk,” katanya.
-RI





