Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

68 Bukan Sekadar Angka Tetapi Bawa Seribu Makna

By 28 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Wan Izati (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama 68 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya melambangkan kematangan dan kekuatan bangsa Malaysia yang berjaya mengekalkan keharmonian, kemajuan serta perpaduan sejak 1957.

Bagi Muthuletchumy semua rakyat tanpa mengira latar belakang berhak menikmati peluang dan keadilan sama rata.

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kamatchy Muthuletchumy Mariya Pillai berkata tema kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ menekankan nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta tanggungjawab sosial.

“Melaluinya ditegaskan bahawa semua rakyat tanpa mengira latar belakang berhak menikmati peluang dan keadilan sama rata,” katanya ketika berucap dalam Program JIWA @ Merdeka Komuniti MADANI Hutan Melintang 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kamatchy, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Hutan Melintang 3 Arul Pragasam Perumal berharap program itu dapat menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda agar keamanan negara terus terpelihara.

Pelajar mengibarkan Jalur Gemilang menzahirkan rasa cintakan negara.

“Pengisian program bukan sahaja mengajak pelajar memperkukuh jati diri dan mencintai tanah air, malah turut mengingatkan mereka tentang pentingnya menjaga adab, menghargai jasa pejuang serta menghormati kepelbagaian kaum dan agama,” katanya.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk Kasmiyati Katiman.

-RI

Tinggalkan komen anda