Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pembukaan Taman Botani DiRaja Johor Ditangguhkan

By 28 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Pembukaan Taman Botani DiRaja Johor yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Pembukaan Taman Botani DiRaja Johor yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diambil selepas penilaian terperinci mendapati beberapa aspek teknikal memerlukan penambahbaikan, khususnya berkaitan faktor keselamatan pengunjung serta kelancaran sistem taman.

“Penangguhan berkenaan penting bagi memastikan setiap kemudahan, landskap serta sistem sokongan di taman berkenaan benar-benar bersedia dan berada pada tahap piawaian tertinggi sebelum dibuka kepada orang ramai.

“Pasukan teknikal kini sedang meneliti semua aspek, menjalankan ujian keselamatan serta memastikan pengalaman terbaik dapat dinikmati pengunjung apabila taman ini dibuka kelak,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan Johor dalam pada itu turut menghargai kesabaran dan sokongan semua pihak sepanjang proses penambahbaikan dijalankan.

-RI

Tinggalkan komen anda