
Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Hafiz Abdullah(MUALLIM)
TANJONG MALIM, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Aktiviti lasak All-Terrain Vehicle (ATV) semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta alam dan penggemar cabaran.

Kalam Zainun bersama ATV model Tritan 250.
Menurut Pengerusi JPKK Kampung Ketoyong, Kalam Zainun, mengambil kira perkembangan semasa, pihaknya memohon bantuan dana SejaTi MADANI berjumlah RM100,000 bagi merealisasikan impian membawa aktiviti ini ke daerah Muallim.
“Projek ATV ini merupakan sebahagian daripada produk ekopelancongan yang bukan sahaja menawarkan pengalaman unik kepada pelancong, malah turut mempromosikan kawasan setempat serta merancakkan ekonomi komuniti.
“Walaupun menyeronokkan, aspek keselamatan tidak boleh diabaikan. Pengunjung disediakan topi keledar dan sarung tangan, selain digalakkan memakai pakaian serta kasut yang sesuai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pengunjung boleh merasai pengalaman menaiki ATV di Pusat SejaTi MADANI Kampung Simpang Empat dengan bayaran RM50 bagi tempoh setengah jam.
-RI





