
Laporan/foto: Noriah Athan/Zalizan Yaacob
KUALA SELANGOR, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Seramai 80 orang menyertai Program #KonvoiKitaMerdeka2025 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor ketika melepaskan penyertaan #KonvoiKitaMerdeka2025 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di sini hari ini.
Konvoi yang melalui kawasan Pusat Bandar Melawati itu berjaya menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan penglibatan lima kluster utama Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Konvoi berkenaan menjelajah kluster keselamatan, pendidikan, kesihatan, komuniti dan agensi kerajaan, dengan pembahagian peranan yang membolehkan program merdeka dijalankan secara lebih teratur, menyeluruh serta melibatkan semua lapisan masyarakat.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azaharudin Tajudin berkata, kebersamaan dalam menyemarakkan semangat Sambutan Bulan Kebangsaan amat penting bagi melahirkan jiwa merdeka dan bangsa yang bersatu

Wan Hazdy menyerahkan simbolik Jalur Gemilang kepada Superintenden Azaharudin.
“Konvoi ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
“Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Penerangan Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah adalah antara checkpoint yang dilalui dalam kempen ini,” katanya ketika merasmikan acara di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, di sini hari ini.
-RI






