Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Perarakan Kemederkaan Guru dan Pelajar SK Sentosa Semai Semangat Cintakan Negara

By 29 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Sharifah Robiah Wan Hadion (Sarawak)

SIBU, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, satu perarakan kemerdekaan diadakan bersama guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, di sini menerusi program JIWA@Komuniti MADANI HKHM 2025, semalam.

Guru SK Sentosa mengetuai perarakan sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, seramai 105 guru dan 904 pelajar berarak sejauh 500 meter sambil mengibarkan Jalur Gemilang..

Guru Besar SK Sentosa Admah Mohamed Jamli berkata sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar acara tahunan, tetapi merupakan wadah menyemai semangat patriotisme, memupuk rasa cinta tanah air, serta menanamkan kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Perarakan kemerdekaan bertujuan memupuk rasa kecintaan pelajar terhadap negara.

“Setiap tahun semua pihak harus memastikan setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga membesar dengan nilai murni, jati diri yang kukuh melalui semangat Malaysia MADANI yang harus menjadi kebanggaan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda