Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program JIWA@Komuniti MADANI Kampung Hilir Perluas IR1JG

By 29 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Eleannor Bedai Tinggom/ Habil Rus (Sarawak)

Kanowit, 29 Ogos (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI membabitkan ahli Komuniti MADANI Kampung Hilir bertujuan memperluaskan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Acara perlepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang oleh Clinton (tiga kiri).

Program di perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Kanowit itu dirasmikan Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Kanowit Clinton Jelai yang turut menekankan nilai-nilai positif berkait dengan bulan kebangsaan.

“Rakyat Malaysia harus bersyukur dengan apa yang dinikmati hari ini dan perlunya untuk semua pihak menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini.

“Sehubungan itu, Kempen Kibar Jalur Gemilang yang juga merupakan inisiatif kerajaan patut disokong bagi mengukuhkan konsep perpaduan di negara ini,” katanya di sini hari ini.

Rinta menyampaikan ucapan semasa program berlangsung.

Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Rinta Engkamat pula memaklumkan 1R1JG sedang berlangsung sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September selain turut menerangkan tatacara penggunaan Jalur Gemilang.

“Semua pihak perlu mengetahui dan memahami tatacara membabitkan Jalur Gemilang di majlis atau keramaian kerana penggunaan bendera tersebut ada etikanya,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda