Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Perarakan Traktor ‘Galor’ Meriahkan Jiwa@Komuniti MADANI HKHM 2025 di Serian

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin

KOTA BHARU, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Sebanyak 17 buah traktor atau lebih dikenali sebagai ‘Kereta Galor’ mencuri perhatian apabila menyertai perarakan sempena Program Jiwa@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 anjuran Komuniti MADANI Serian, semalam.

Abas bersama traktor perarakan yang dihiasi Jalur Gemilang.

Perarakan unik itu turut disertai penunggang basikal dan motosikal, sekali gus memeriahkan sambutan dengan kelainan apabila jentera yang kebiasaannya digunakan di sawah bendang dijadikan simbol kebanggaan komuniti setempat.

Ketua perarakan, Abas Shaikh Brahim, 61, berkata idea membawa traktor dalam perarakan tercetus daripada Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Serian sendiri.

Perarakan unik sebagai simbol kebanggaan komuniti setempat.

“Traktor ini adalah ‘nyawa’ ekonomi kampung kami kerana digunakan untuk membajak sawah padi. Kali ini, selain membajak, kami bawa traktor berarak sejauh tiga kilometer mengelilingi kampung sebagai salah satu pengisian HKHM 2025,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa usaha itu mencerminkan semangat tolong-menolong dan perpaduan masyarakat setempat dalam menjayakan program sambutan kemerdekaan.

Perarakan di Kampung Serian ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada kampung lain untuk meraikan Hari Kebangsaan dengan cara lebih kreatif, penuh makna dan dekat dengan identiti komuniti masing-masing.

-RI

Tinggalkan komen anda