Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kukuhkan Semangat Perpaduan Pelbagai Kaum Demi Kemakmuran Negara

By 1 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 Sep (MalaysiaAktif) – Perpaduan kaum yang terjalin pada hari ini menggambarkan kemakmuran dan kestabilan negara dalam mengecapi dan menjaga nikmat kemerdekaan negara yang telah memasuki tahun ke-68.

Ling Ting Han selaku wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyampaikan ucapan perasmian di Dataran Mahkota, Pasir Gudang Johor Bahru, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han, berkata perpaduan tidak mungkin akan dinikmati sekiranya berlaku ketidakharmonian kaum.

“Nikmat kemerdekaan yang ada pada ketika ini perlu dikekalkan agar generasi akan datang dapat merasai kedamaian dan kemakmuran negara mengikut acuan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat daerah Johor Bahru di Dataran Mahkota, TMIYC Pasir Gudang, di sini semalam.

Sementara itu, Lee berkata acara tersebut menjadi saksi kecintaan kepada tanah air tidak pudar, malah semakin subur apabila diraikan bersama oleh Bangsa Johor.

Majlis Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Daerah Johor Bahru turut diserikan dengan perbarisan kontinjen daripada artis tanah air seperti Datuk AC Mizal, Kamal Adli, Mamat Sepahtu dan lain-lain.

“Dengan semangat kebangsaan ini, marilah kita terus berganding bahu menjayakan visi Maju Johor 2030 demi masa depan yang lebih gemilang dan cemerlang dimata dunia,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Ramlee Bohani, Pegawai Daerah Johor Bahru Masni Wakiman dan Pentadbir Tanah Johor Bahru Syed Norul Sharil Syed Nasir.

-RI

Tinggalkan komen anda