Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pasar Pagi Sungai Bayor Diiktiraf Sebagai Pasar Pagi Terpanjang di Malaysia

By 6 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Mohd Fikri Hakim (LMS)

SUNGAI BAYOR, 6 Sep (MalaysiaAktif) – Pasar Pagi Sungai Bayor, Selama yang menjadi nadi ekonomi penduduk tempatan sekali lagi mengukir sejarah apabila diiktiraf sebagai Pasar Pagi Terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Mohd Nasrul Menhat ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Pengiktirafan rasmi itu telah disampaikan dalam satu majlis perasmian program Temasya Pasar Pagi yang berlangsung di Tapak Pasar Pagi Sungai Bayor.

Pasar pagi yang telah beroperasi lebih 50 tahun ini telah menjadikannya bukan sahaja pusat jual beli tradisi masyarakat setempat, malah ikon pelancongan yang semakin dikenali oleh masyarakat di Malaysia.

Menurut Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat, pasar pagi ini bukan sahaja menjadi medan perniagaan kepada lebih 400 peniaga, bahkan turut menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi daerah melalui aktiviti perdagangan dan kedatangan pelancong.

“Pengiktirafan ini telah membuktikan bahawa kekuatan komuniti tempatan dalam memelihara tradisi serta semangat berniaga telah mengangkat nama Sungai Bayor ke peringkat kebangsaan. Pasar ini bukan sekadar tempat membeli belah, tetapi juga merupakan salah satu platform perpaduan masyarakat berbilang kaum,” katanya ketika merasmikan program Temasya Pasar Pagi Sungai Bayor, di sini, semalam.

Pegawai Rasmi Malaysia Books of Record (MBOR) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama.

Tambahnya lagi, pengunjung yang datang ke sini dapat menikmati suasana pasar tradisional yang unik dengan pelbagai jualan seperti hasil tani segar, makanan tradisional, barangan runcit, pakaian serta hasil kraf tangan.

“Untuk rekod terbaru, Pasar Pagi Sungai Bayor ini telah berjaya mengalahkan rekod yang telah dipegang oleh Pasar Pagi Temerloh, Pahang dengan rekod terpanjang iaitu 2.32 kilometer berbanding Pasar Pagi Temerloh iaitu 2.15 kilometer.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Selama Nor Akmal Yang Ghazali dan Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Daerah Selama Mohammad Ezaiyuhan Dr. Awang.

-RI

Tinggalkan komen anda