Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Langkah Patriotik Semarakkan Merdeka di Teluk Kalong

By 7 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Sep (MalaysiaAktif) – Pantai Teluk Kalong, di sini menjadi saksi lautan semangat patriotik apabila lebih 100 peserta terdiri daripada ibu bapa, pelajar, guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta penduduk setempat menyertai program Briskwalk Merdeka, semalam.

Mohd Hafiz Rajik, berkata semangat patriotisme perlu disemai dari kecil.

Program anjuran Komuniti MADANI Teluk Kalong dengan kerjasama Tadika KEMAS Teluk Kalong itu berlangsung meriah bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Ketua Komuniti MADANI Teluk Kalong Mohd Hafiz Rajik berkata penglibatan masyarakat pelbagai lapisan usia dalam program tersebut membuktikan nilai patriotisme mampu dipupuk sejak kecil, sekali gus melahirkan warganegara yang cintakan tanah air.

“Selain menyemarakkan semangat patriotik, aktiviti berjalan santai ini juga menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan nilai kebersamaan dalam komuniti,” katanya kepada MalaysiaAktif.

Bagi Guru Tadika KEMAS Teluk Kalong Nor Shakira Abdullah, kerjasama strategik antara KEMAS dan Komuniti MADANI dianggap sebagai instrumen penting dalam memperkukuh gagasan Malaysia MADANI di peringkat akar umbi.

Sebahagian peserta bergambar kenangan sebelum memulakan program.

“Kerjasama rentas agensi seperti ini membolehkan hubungan lebih erat dapat direalisasikan dan diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat,” jelasnya.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang sekali gus menambah keceriaan para peserta.

Penganjuran Briskwalk Merdeka bukan sahaja meniupkan semangat kemerdekaan, malah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda