
Laporan/foto: Mohd Azhar (Muallim)/Mohamad Ezwandi (Perak)
SLIM RIVER, 10 Sep (MalaysiaAktif) – Majlis Makan Malam Komuniti MADANI Slim River berjaya menghimpunkan masyarakat setempat bersama mesej kekeluargaan dan patriotisme.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Malim ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tanjong Malim Khairol Najib Hashim menzahirkan penghargaan atas sokongan ahli Komuniiti MADANI menjayakan program tersebut.
“Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi bukti bagaimana Komuniti MADANI dapat diperkukuh melalui semangat kebersamaan.
“Apabila masyarakat, agensi dan komuniti setempat bersatu hati, kita dapat melahirkan sebuah ekosistem yang harmoni serta berdaya maju,” katanya ketika berucap pada majlis bersama peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Perak sempena program JIWA Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Komuniti MADANI Slim River di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Apokalips Band menghiburkan tetamu di majlis makan malam.
Menurutnya, sambutan hangat daripada warga Komuniti MADANI yang hadir jelas memperlihatkan semangat cintakan negara dan menjadi bukti kekuatan Komuniti MADANI yang berteraskan nilai kekeluargaan, budaya dan kecintaan kepada tanah air.
Sebuah kumpulan unik Buskers Apokalips Band mencuri perhatian majlis kerana turut dianggotai oleh ahli keluarga berumur 9 hingga 15 tahun dengan persembahan istimewa penuh bertenaga menghiburkan hadirin.
-RI






