Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Syarikat Kitar Semula Didenda RM65,000 Langgar Akta Kualiti Alam Sekitar

By 12 September 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Jabatan Alam Sekitar Selangor

KUALA SELANGOR, 12 Sep (MalaysiaAktif) – Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti kitar semula sekerap plastik di Jalan Bukit Badong telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM65,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor atas tiga kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturanya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Wandi Yadzid Yaakob, berkata Pengurus Kilang yang mewakili syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) telah membuat pengakuan bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Sekerap plastik yang telah diproses menjadi plastic flakes.

“Berdasarkan fakta kes, satu operasi bersepadu telah dijalankan susulan aduan awam yang diterima berkaitan dengan sebuah premis yang beroperasi di Jalan Bukit Badong, Kuala Selangor pada 16 Mac 2023, melibatkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan JAS Selangor Cawangan Sabak Bernam.

“Siasatan mendapati bahawa premis menjalankan aktiviti kitar semula sekerap plastik melalui penemuan lambakan sekerap plastik, dua unit mesin shredder dan empat unit mesin pelletizer”, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, premis tersebut didapati gagal membuat pemberitahuan bertulis dan tidak dilengkapi dengan sistem kawalan pencemaran udara sepertimana keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Wandi, berkata satu pertuduhan dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dua (2) Pertuduhan di bawah Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor, Nurul Mardhiah Mohamed Redza turut memerintahkan hukuman 26 bulan penjara sekiranya gagal dibayar.

“Pegawai Pendakwa JAS Selangor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal agar ianya menjadi pengajaran kepada syarikat untuk menghormati undang-undang dan kedaulatan negara dengan menjalankan aktiviti ini mengikut kehendak perundangan negara.

“JAS juga menasihatkan syarikat untuk lebih bertanggungjawab dan tidak merendahkan kelestarian alam sekitar dalam mengejar keuntungan,” katanya.

Sekerap plastik yang dikumpul.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor, Nurul Mardhiah Mohamed Redza turut memerintahkan hukuman 26 bulan penjara sekiranya gagal dibayar.

“Berdasarkan fakta kes, satu operasi bersepadu telah dijalankan susulan aduan awam yang diterima berkaitan dengan sebuah premis yang beroperasi di Jalan Bukit Badong, Kuala Selangor pada 16 Mac 2023, melibatkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan JAS Selangor Cawangan Sabak Bernam.

“Siasatan mendapati bahawa premis menjalankan aktiviti kitar semula sekerap plastik melalui penemuan lambakan sekerap plastik, dua unit mesin shredder dan empat unit mesin pelletizer”, katanya.

Tambah beliau, premis tersebut didapati gagal membuat pemberitahuan bertulis dan tidak dilengkapi dengan sistem kawalan pencemaran udara sepertimana keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Menurut kenyataan itu lagi, satu pertuduhan dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dua (2) Pertuduhan di bawah Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“Pegawai Pendakwa JAS Selangor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal agar ianya menjadi pengajaran kepada syarikat untuk menghormati undang-undang dan kedaulatan negara dengan menjalankan aktiviti ini mengikut kehendak perundangan negara.

“JAS juga menasihatkan syarikat untuk lebih bertanggungjawab dan tidak merendahkan kelestarian alam sekitar dalam mengejar keuntungan,” katanya.

Tinggalkan komen anda