
Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Wan Izati (Bagan Datuk)
BAGAN DATUK, 12 Sep (MalaysiaAktif) – Jabatan Kerja Raya (JKR) muncul sebagai Johan Pertandingan Keceriaan Premis Kerajaan sempena Program Semarak Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia Daerah Bagan Datuk 2025.

Nazrul Fazami berkata pertandingan itu melibatkan 14 jabatan dan dinilai oleh empat orang juri.
Menurut Jurutera Daerah Bagan Datuk Ir. Ts. Amir Asrol Ahmad Bangi, berkata pemilihan JKR sebagai Johan amat membanggakan dan menjadi hadiah terbaik sempena HKHM 2025 kepada seluruh warga kerja jabatan berkenaan.
“Melalui aktiviti menceriakan pejabat sempena bulan kemerdekaan, hubungan antara kakitangan dapat dieratkan selain menyemai sikap kreatif dan inovatif,” ujarnya.
Dalam pertandingan itu, Balai Polis Bagan Datuk muncul Naib Johan dan hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Perak Yosri Abu Mahsin, yang turut merasmikan program tersebut.

Superitendan Mohammad Ali (Berbaju Kuning) menerima hadiah Naib Johan pertandingan.
Menurut Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Superitendan Mohammad Ali Mohd Jali, IIbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menghantar tiga penyertaan daripada balai polis berbeza sebagai tanda semangat cintakan negara.
“Saya akan terus memberi semangat dan galakan kepada semua pegawai, anggota dan kakitangan awam untuk menyertai program yang dianjurkan serta memberikan kerjasama erat dengan semua jabatan di daerah ini bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,” katanya.
Pegawai Daerah Bagan Datuk Nazrul Fazami Mohamad, berkata pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 itu melibatkan 14 jabatan kerajaan termasuk sekolah, dan dinilai oleh empat juri berpengalaman.
“Pertandingan ini merupakan antara aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini,” katanya ketika berucap di Pekan Bagan Datuk, di sini kelmarin.
-RI





