Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MASCHON Sasar Pengurangan Kematian Pramatang Akibat Penyakit Tidak Berjangkit

By 26 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/NCSM

IPOH, 26 Sep (MalaysiaAktif) – Program Rangkaian Pusat Pencerapan Kesihatan Komuniti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) (MASCHON) menyasarkan pengurangan kes kematian pramatang akibat penyakit tidak berjangkit (NCD).

NCD merujuk kepada kumpulan penyakit kronik yang tidak berpunca daripada jangkitan akut, antaranya penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik.

Menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), MASCHON bertujuan sebagai salah satu dorongan memperkasa komuniti tempatan dengan pemantauan kesihatan sendiri.

Muhammad Kamil Abdul Munim dan Prof. Dr. Murallitharan Munisamy turut mengadakan lawatan ke Rumah Harapan NCSM-CARITAS.

“Inisiatif ini adalah bagi mengurangkan satu pertiga kematian pramatang akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui pencegahan, rawatan dan penggalakan kesejahteraan mental menjelang 2030.

“MASCHON turut disokong melalui Dana Amanah MySDG (MySDG Fund) oleh Kementerian Kewangan serta menerima geran daripada Malaysian SDG Community Health Observatory Network,” menurut NCSM dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

MASCHON telah dilancarkan buat pertama kali di Parlimen Tambun oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim di Dewan NCSM-CARITAS, Kampung Simee, di sini kelmarin.

Muhammad Kamil Abdul Munim dalam ucapannya turut menekankan usaha mewujudkan kerjasama strategik.

“Pelancaran MASCHON adalah bukti kerjasama erat antara kerajaan, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan komuniti.

Sekitar majlis pelancaran Program Rangkaian Pusat Pencerapan Kesihatan Komuniti SDG (MASCHON).

“Ia bukan sekadar projek pemantauan, tetapi satu ikhtiar untuk mewujudkan komuniti sihat, influsif dan berdaya saing sejajar dengan prinsip leave no one behind,” ujarnya.

Menurut Pengarah Urusan NCSM Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Murallitharan Munisamy, MASCHON adalah salah satu projek daripada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk komuniti.

“Kita memulakan projek ini di Parlimen Tambun dan akan berjalan selama lebih kurang sepuluh bulan.

“Kita bukan sahaja akan turun padang mendapatkan maklum balas secara terus daripada komuniti mengenai masalah kesihatan yang mereka hadapi, malah turut mengaplikasikan solusi melalui pelaksanaan projek mikro bagi meningkatkan langkah pencegahan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda