Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Himpunan Solidariti Sumud Flotilla Semarakkan Sokongan untuk Gaza

By 6 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Himpunan Solidariti Sumud Flotilla menyemarakkan tanda sokongan kepada saudara Islam di Gaza apabila lebih 300 orang masyarakat setempat hadir ke himpunan tersebut yang diadakan di Surau Al-Quds, Peramu, Pekan, kelmarin.

Para jemaah yang hadir mengaminkan doa

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti tazkirah khas bertemakan solidariti Gaza oleh Dr. Mazlan Muhamad Yusof, sebelum diteruskan dengan solat Isyak dan solat hajat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Mohammad Najib, pujian wajar diberikan kepada penganjur program atas inisiatif yang menunjukkan solidariti kepada rakyat di Gaza, Palestin.

Datuk Nizar dan Pengerusi Surau menurunkan tandatangan dilayaran Kami Bersamamu Palestin.

“Program ini dapat menimbulkan kesedaran penduduk setempat mengenai penderitaan rakyat Palestin terutamanya di Gaza dan saya harap kita semua dapat menghulurkan sumbangan kepada mereka di sana,” katanya.

Himpunan itu membuktikan masyarakat di Pekan khususnya di Peramu, sentiasa berdiri teguh menyatakan solidariti terhadap Palestin, bukan sahaja melalui doa malah dengan semangat persaudaraan sejagat yang tidak pernah luntur.

-AA-

Tinggalkan komen anda