Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Geomatik Pacu Pembangunan Negara ke Arah Malaysia Bandar Pintar 2030

By 8 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Facebook MBAS

LANGKAWI, 8 Okt (MalaysiaAktif) – Bidang geomatik dan juruukur kini diiktiraf sebagai teras utama dalam memacu pembangunan fizikal negara serta menjadi pemangkin kepada transformasi Malaysia menuju aspirasi Bandar Pintar 2030.

Setiausaha Kerajaan negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali berkata data geospatial bukan sekadar peta semata-mata, tetapi menjadi asas kepada pelbagai aplikasi pintar yang meningkatkan kecekapan tadbir urus dan kualiti hidup rakyat.

“…ia termasuk pengurusan lalu lintas bersepadu, pemantauan pencemaran udara dan bunyi, analisis keperluan infrastruktur berdasarkan kepadatan penduduk serta penyampaian maklumat kepada rakyat melalui aplikasi mudah alih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Geomatik Kebangsaan 2025: Pembangunan Pentadbiran ke Arah Kemajuan Negara di Pelangi Beach Resort, Langkawi, kelmarin.

Konvensyen yang menghimpunkan pakar industri, agensi kerajaan dan ahli akademik itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh jaringan profesional serta memperkasa bidang geomatik sebagai pemacu pembangunan negara yang mapan, inovatif dan berpaksikan rakyat.

Usaha memperkasa teknologi geomatik itu dilihat selari dengan visi Malaysia menuju status Bandar Pintar 2030, sekali gus memperkukuh daya saing negara di peringkat global.

-RI

Tinggalkan komen anda