
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Zayana Isa (Pahang)
PEKAN, 10 Okt (MalaysiaAktif) – Bijak menguruskan emosi merupakan antara komponen penting dalam kesejahteraan mental seseorang individu.

Antara jemaah yang hadir.
Pakar Psikiatri Remaja dan Kanak-kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan Dr. Rozanizam Zakaria berkata kesejahteraan mental bukan sekadar bebas dari tekanan.
“Kesejahteraan mental turut melibatkan kemampuan seseorang untuk mengurus emosi, hubungan sosial dan spiritual dengan baik,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di Forum Perdana sempena sambutan Hari Kesihatan Mental dan Majlis Pelancaran ‘War on Stigma’ Peringkat Negeri Pahang, di sini malam tadi.

Jamaliah hadir bersama rakan-rakannya untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan mental.
Salah seorang hadirin Jamaliah Ismail, 62 , menyatakan rasa terharu dengan pengisian forum tersebut.
Ujarnya, program sebegini sangat bermanfaat dan patut diadakan lebih kerap di seluruh daerah
“Selama ini kita sering dengar tentang tekanan dan kemurungan, tetapi malam ini saya belajar bahawa mencari ketenangan itu bermula dengan menerima diri sendiri dan kembali kepada Tuhan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berakhir.
Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental serta memupuk kefahaman bahawa kesejahteraan jiwa adalah asas kepada kehidupan yang seimbang dan bahagia.
-RI





