
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/ Zayana Isa (Pahang)
PEKAN, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Pendedahan awal kepada sistem demokrasi negara melalui simulasi pilihan raya di sekolah mampu melahirkan generasi muda yang celik demokrasi dan memahami tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara berdaulat.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Abdullah Sani Osman berkata program simulasi pilihan raya yang dijalankan di sekolahnya memberi peluang kepada pelajar memahami proses pilihan raya secara praktikal.
Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Abdullah Sani Osman program simulasi pilihan raya yang dijalankan di sekolahnya memberi peluang kepada pelajar memahami proses pilihan raya secara praktikal.
“Program ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang celik demokrasi, bebas daripada pengaruh negatif serta mempunyai semangat patriotik tinggi sejajar dengan aspirasi Masyarakat MADANI yang diterapkan kerajaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif sempena Program JIWA MADANI @ Kelab Malaysiaku Peringkat Daerah Pekan, di sini, semalam.
Beliau berkata melalui program itu, pelajar dapat mempelajari proses pilihan raya secara menyeluruh termasuk cara mengundi dan peranan pengundi dalam menentukan kepimpinan masa depan negara.

Sebahagian guru dan murid mengikuti taklimat SPR.
Selain simulasi pilihan raya, pelajar turut mendengar perkongsian daripada wakil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan.
Sesi interaktif berbentuk kuiz turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial dalam kalangan remaja.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pekan itu bertujuan memupuk kesedaran sivik, jati diri dan semangat kenegaraan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI dengan seramai 120 pelajar sekolah menengah sekitar daerah Pekan hadir menyertai program berkenaan.
-AA-





