Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SK Permatang Keledang Harumkan Nama Pahang di Kontes Robot Nusantara 2025

By 16 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/ SK Permatang Keledang

PEKAN, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang sekali lagi mencatat sejarah membanggakan apabila berjaya meraih kejayaan cemerlang di 11th Kontes Robot Nusantara 2025 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Matthew ditemuramah oleh Didik TV sebaik sahaja tiba di tanah air

Menurut Guru Besar SK Permatang Keledang Ahmad Zaki Zainudin, kejayaan tersebut adalah hasil usaha berpasukan dan semangat tidak mudah putus asa dalam kalangan pelajar.

“Kami sentiasa menekankan aspek disiplin, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah secara kreatif, walaupun terpaksa berlatih hingga lewat malam menjelang pertandingan, pelajar-pelajar tetap bersemangat dan menunjukkan komitmen luar biasa,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini, semalam.

Beliau turut menambah bahawa pencapaian itu adalah bukti bahawa pelajar sekolah luar bandar juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila diberi peluang dan bimbingan yang betul.

SK Permatang Keledang menambah koleksi kemenangan dalam acara robotik

Pasukan sekolah tersebut berjaya membawa pulang satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa dalam pertandingan berprestij itu, sekali gus membuktikan kemampuan pelajar Malaysia, khususnya dari negeri Pahang untuk bersaing dan menonjol di pentas antarabangsa.

Dua peserta utama, Farish Abdullah, 11, dan Matthew Jambai Karong, 12, telah mempersembahkan kreativiti serta kemahiran luar biasa dalam bidang robotik hasil bimbingan tiga guru pembimbing.

“Mereka juga sedang menantikan jemputan ke pertandingan Robotik di Gold Coast, Australia pada pertengahan Disember tahun ini,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda