Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Belia Digalakkan Teruskan Aktiviti Sukarelawan

By 22 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Zayana Isa (Pahang)

PEKAN, 22 Okt (MalaysiaAktif) – Golongan belia Pahang digalakkan untuk meneruskan aktiviti kesukarelawan bersama masyarakat setempat.

Fakhruddin (dua dari kanan) bersama penerima bantuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff program menyantuni rakyat wajar diteruskan kerana ia berupaya membuktikan belia kini memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi dan sanggup turun padang membantu masyarakat.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif Briged Negaraku dan anak muda Pekan yang menunjukkan contoh terbaik dalam mendukung nilai kemanusiaan dan semangat MADANI dan semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada belia lain untuk terus menabur bakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan ‘Rezeki Belia Kongsi Bersama, Daripada Belia Untuk Semua, Isnin lalu.

Fakhruddin bersama para penggerak belia Briged Negaraku.

Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Landai anjuran Briged Negaraku Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Anak Muda Perbandaran Pekan itu turut mengedarkan 100 kotak makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Landai dan Kampung Meranti, Nenasi.

“Usaha ini bukan sahaja meringankan beban penerima, malah mengukuhkan nilai kasih sayang dan perpaduan antara masyarakat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda