Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Pesara Kerajaan Bakal Terima Pelarasan Pencen Fasa 2 Januari 2026 – KPPA

By 7 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M Zakry Chan

MELAKA, 7 Nov (MalaysiaAktif) – Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam akan menerima pelarasan pencen Fasa 2 pada Januari tahun hadapan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengadakan ziarah kasih ke rumah pesara kerajaan Azhar Hashim

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pelarasan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu membuktikan komitmen kerajaan memastikan kebajikan pesara terus terjamin.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka, walaupun setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ziarah kasih ke rumah pesara penjawat awam di Kampung Pulau Kelapa, di sini semalam.

Jasa penjawat awam tidak dilupakan walaupun telah bersara

Dalam lawatannya, Wan Ahmad Dahlan turut menyampaikan sumbangan kepada dua pesara kerajaan iaitu Azhar Hashim, 63, dan Bakhri Tamby Ali, 63, yang diuji masalah kesihatan.

Kedua-dua mereka menerima sumbangan kerusi roda elektrik, katil dan bakul sumbangan makanan.

-AA-

Tinggalkan komen anda