Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Gunung Halia Tarikan Baharu Pelancongan di Karak

By 22 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fidaus Zaki (Bentong)

BENTONG, 22 Nov (MalaysiaAktif) – Gunung Halia yang terletak di Karak kini semakin mendapat perhatian pengunjung tempatan dan luar daerah sebagai destinasi riadah serta pelancongan baharu di daerah ini.

Antara laluan pendaki.

Kawasan ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Muda yang diketuai oleh Hamdan Yusop dengan kerjasama penduduk setempat bagi memperkenalkan keindahan alam semula jadi di sekitar Gunung Halia.

Menurut Hamdan, gunung yang mempunyai laluan pendakian sejauh kira-kira 5 kilometer (km) itu sedang giat dinaik taraf dengan kemudahan asas seperti laluan bertanda, tempat rehat serta kawasan pandang jauh bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung.

“Gunung Halia mempunyai keunikan tersendiri dengan pemandangan indah ladang kelapa sawit, kawasan kampung serta suasana berkabus pada waktu pagi. Ia sangat sesuai untuk aktiviti riadah, mendaki dan fotografi,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, kelmarin.

Tarikan terbaharu ini turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Seorang penduduk tempatan, Jamilah Abd Samad, 35, berkata kehadiran pengunjung ke Gunung Halia turut membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

“Ramai yang mula datang pada hujung minggu. Kami ambil peluang jual minuman, makanan ringan dan hasil kampung kepada pengunjung yang datang. Sedikit sebanyak ia membantu ekonomi keluarga,” ujarnya.

JPKK Tok Muda berharap Gunung Halia dapat dijadikan salah satu tarikan pelancongan utama di Bentong sekaligus menyokong agenda pelancongan desa di negeri Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda