Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Penduduk Sambut Baik Hari Bersama Pelanggan MDCH

By 4 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana (Cameron Highlands)/ Majlis Daerah Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Penduduk di daerah ini menyambut baik inisiatif Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) menganjurkan Hari Bersama Pelanggan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan secara lebih telus dan berkesan, di sini semalam.

Beberapa kaunter perkhidmatan khas antaranya Kaunter Aduan, Kaunter Fungsi MDCH, Kaunter Penerangan,Kaunter Sewa dan Kaunter Lesen dan Permit dibuka.

Lina Ye, 32, berkata program sebegini memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dan berharap penganjuran seumpamanya dapat dijadikan program berkala oleh MDCH.

“Inisiatif ini bagus dan perlu diteruskan. Kalau boleh, adakan program seperti ini lebih kerap supaya masalah komuniti dapat diselesaikan lebih cepat,” katanya kepada Malaysia Aktif..

Untuk kemudahan pengunjung, beberapa kaunter perkhidmatan turut disediakan termasuk Kaunter Aduan, Kaunter Fungsi MDCH, Kaunter Penerangan, Kaunter Sewa serta Kaunter Lesen dan Permit.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada pelanggan menyelesaikan pelbagai urusan dalam satu lokasi, sekali gus memudahkan akses terhadap perkhidmatan majlis,” katanya.

Program tersebut juga membuka ruang kepada masyarakat menyuarakan cadangan penambahbaikan berkaitan pembangunan setempat, pengurusan kemudahan awam, kebersihan, keselamatan serta isu-isu komuniti yang memerlukan perhatian khusus.

Interaksi dua hala ini secara tidak langsung membantu MDCH menambah baik mutu perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa penduduk khususnya di daerah terbabit.

-RI

Tinggalkan komen anda