
Laporan/foto: M Zakry Chan
AYER KEROH, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Melaka berada pada fasa akhir penyediaan cadangan Bajet Negeri Melaka Tahun 2026 yang akan dibentangkan esok di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung selama empat hari.

Infografik Bajet Melaka 2026.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad proses penyediaan belanjawan berkenaan telah bermula sejak awal Mac 2025 melalui pelbagai sesi libat urus melibatkan jabatan dan agensi negeri, agensi persekutuan, pemain industri, komuniti setempat serta rakyat Melaka.
“Selain itu, input rakyat turut diperolehi melalui program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Hari EXCO Bertemu Rakyat (HEBAT), maklum balas menerusi media sosial rasmi Ketua Menteri serta cadangan yang disalurkan oleh penduduk secara langsung kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.
“Marilah kita bersama-sama mengikuti secara langsung pembentangan Bajet Negeri Melaka Tahun 2026 oleh Ketua Menteri melalui Facebook rasmi Kerajaan Negeri Melaka,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, di sini semalam.
-RI





